Kurator Berita : Bahagian Dakwah
22 Februari 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah JAKIM telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik Program Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) JAKIM dan Mesyuarat Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM kali ke 19 Tahun 2022 bermula pada 16 Februari 2022 sehingga 18 Februari 2022 bertempat di Hotel Avilion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel selama dua hari ini mengumpulkan seramai 37 orang wakil tetap SDK yang terdiri daripada GLC terkemuka di Malaysia diantaranya ialah DRB HICOM, Etiqa General, Karangkraf, Permodalan Nasional Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Tabung Haji, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Celcom, TV AlHijrah, Petronas, RHB Bank, Telekom Malaysia (TM) . Majlis penutup bengkel telah di sempurnakan oleh Dato’.Dr.Sirajuddin Bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim.

Program diteruskan pada hari ke tiga dengan Mesyuarat Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM kali ke 19 Tahun 2022 bersama wakil tetap SDK JAKIM yang dipengerusikan oleh Dato’.Dr.Sirajuddin Bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim. Beliau menyambut baik insiatif sinergi syarikat korporat bersama-sama dengan JAKIM bagi melestarikan program-program yang telah dirancang sejajar dengan misi penubuhan Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM.

Bengkel Perancangan Strategik SDK Jakim Ke 19 Tahun 2022 1

Bengkel Perancangan Strategik SDK Jakim Ke 19 Tahun 2022 2

Bengkel Perancangan Strategik SDK Jakim Ke 19 Tahun 2022 3

Bengkel Perancangan Strategik SDK Jakim Ke 19 Tahun 2022 4

Bengkel Perancangan Strategik SDK Jakim Ke 19 Tahun 2022 5