Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) selaku urus setia DPTN telah mengadakan Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara & Lawatan Strategik Tahfiz Zon Tengah pada 21 Februari 2022 bertempat di Dewan Syura Wawasan, Aras 2, JAWI Kuala Lumpur.

Sesi advokasi ini bertujuan untuk mendapatkan laporan tindakan dan perbincangan bersama pihak pemegang taruh di peringkat negeri berkaitan pelaksanaan Pelan Tindakan DPTN 2.0 bagi tahun 2022. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah BDKI yang melibatkan pegawai-pegawai daripada Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan turut disertai wakil Bahagian Pendidikan JAKIM. Seterusnya, semua ahli mesyuarat telah dibawa melawat Pusat Pengajian Tahfiz Darul Furqan (TDF) di Kampung Padang Balang, Sentul yang diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Salleh Sani bin Haji Harun Al-Hafiz sejak tahun 1992. Pelbagai info dan isu berkaitan tahfiz telah dikongsikan oleh pengasas dan pegawai TDF kepada ahli rombongan.

Diharapkan pelaksanaan pelan tindakan DPTN akan terus mendapat kerjasama pemegang taruh di negeri dan disambut baik oleh semua pengurus tahfiz swasta di wilayah zon tengah bagi memartabatkan pendidikan tahfiz.

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 1

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 3

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 4

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 5

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 6

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 7

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 8

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 9