Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diketuai oleh Puan Nor Safina binti Zainal; Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan telah hadir Mesyuarat Cadangan Pembangunan Pusat Falak Bersama Bahagian Pembangunan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada hari Khamis, 24 Februari 2022 bersamaan 20 Rejab 1443H bertempat di Wisma Darul Aman.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Norizan bin Khazali; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan dihadiri oleh Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pegawai-Pegawai Kanan BPEN, Pegawai Kanan Jabatan Mufti Negeri Kedah, Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Pegawai Daerah dan pegawai-pegawai pelbagai agensi berkaitan.

Manakala rombongan JAKIM turut diiringi Dr. Abdul Ghaffar bin Surip; Ketua Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin; Profesor Kehormat Universiti Malaya / Panel Pakar Falak JAKIM, Encik Khairul Anuar bin Yazid, Encik Mohd Suhaimi bin Abas dan Encik Muhamad Latip bin Mohd Jaafar.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) menyambut baik dan mengalu-alukan pembangunan di Negeri Kedah. Rombongan ini jua mengadakan perbincangan bersama wakil Jabatan Mufti Negeri Kedah, Shiekh Lokman bin Ishak.berkaitan Majlis Pelancaran Titik Rujukan Paling Barat Malaysia bagi hitungan Takwim Hijri di Pulau Perak

Hubungan JAKIM dengan Kerajaan Negeri Kedah semakin bertambah erat dengan dua projek falak yang terletak di negeri tersebut.

Mesyuarat Cadangan Pembangunan Pusat Falak Bersama Pejabat SUK Kedah 1

Mesyuarat Cadangan Pembangunan Pusat Falak Bersama Pejabat SUK Kedah 2

Mesyuarat Cadangan Pembangunan Pusat Falak Bersama Pejabat SUK Kedah 3

Mesyuarat Cadangan Pembangunan Pusat Falak Bersama Pejabat SUK Kedah 4

Mesyuarat Cadangan Pembangunan Pusat Falak Bersama Pejabat SUK Kedah 5

Mesyuarat Cadangan Pembangunan Pusat Falak Bersama Pejabat SUK Kedah 7

Mesyuarat Cadangan Pembangunan Pusat Falak Bersama Pejabat SUK Kedah 8

Mesyuarat Cadangan Pembangunan Pusat Falak Bersama Pejabat SUK Kedah 9