Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
17 Februari 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah menjayakan Webinar Pencegahan Jenayah Syariah: Menyingkap Tabir Khurafat secara atas talian di FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Dengan tajuk berkaitan khurafat, webinar ini menampilkan 2 orang pembentang iaitu kertas kerja pertama bertajuk “Khurafat : Antara Kepercayaan dan kesesatan” oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka dan kertas kerja kedua bertajuk “Amalan Khurafat : Cabaran, Realiti Undang-Undang Syariah” oleh YBrs. Tuan Dr. Zainal Abidin bin Kusmin, Pendakwa Syarie Kanan, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

Antara perkara yang diberikan penekanan sepanjang webinar tersebut ialah sudut pandang khurafat menurut pandangan Islam dan realiti undang-undang Syariah dalam menangani isu-isu khurafat. Untuk rekod, penganjuran webinar ini berjaya menarik peserta seramai 6015 peserta dan siaran webinar ini boleh ditonton semula melalui FB JAKIM.

Webinar Pencegahan Jenayah Syariah Menyingkap Tabir Khurafat 1

Webinar Pencegahan Jenayah Syariah Menyingkap Tabir Khurafat 2