Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
24 Mac 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah menjayakan Webinar Pencegahan Kesalahan Syariah, Puasa 22: Tiada Lagi Plastik Hitam secara atas talian di FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Dengan tajuk berkaitan puasa dan Ramadhan, webinar ini menampilkan 2 orang pembentang iaitu kertas kerja pertama bertajuk “Culas Puasa: Antara Keringanan dan Keingkaran” oleh Tuan Haji Ahmad Husni bin Abd Rahman, Pengurus Syariah dan Antarabangsa PPZ MAIWP dan kertas kerja kedua bertajuk “Ponteng Puasa: Mencemar Ramadhan, Mengundang Hukuman” oleh Tuan Nik Azlan bin Nik Man, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Antara perkara yang diberikan penekanan sepanjang webinar tersebut ialah sudut pandang puasa dan Ramadhan menurut Islam dan peruntukan undang-undang dalam akta/enakmen bagi kesalahan Syariah di bulan Ramadan. Untuk rekod, penganjuran webinar ini berjaya menarik peserta seramai 2376 peserta dan siaran webinar ini boleh ditonton semula melalui FB JAKIM.

Webinar Pencegahan Kesalahan Syariah 2022 1

Webinar Pencegahan Kesalahan Syariah 2022 2

Webinar Pencegahan Kesalahan Syariah 2022 3

Webinar Pencegahan Kesalahan Syariah 2022 4

Webinar Pencegahan Kesalahan Syariah 2022 5

Webinar Pencegahan Kesalahan Syariah 2022 6