Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Permukiman JAKIM Tahun 2022 1

Pada 21 dan 22 Mac 2022, telah berlangsung Permukiman JAKIM: Penetapan Semula Pelan Strategik JAKIM 2019-2025 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM. Permukiman melibatkan Pegawai-pegawai Gred 52 dan ke atas, Pengarah JAKIM Sabah dan Sarawak, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Ketua Unit Integriti dan penyelaras Teras bagi Pelan Strategik JAKIM. Dalam hubungan ini, pihak JAKIM telah mengundang Penceramah dan Fasilitator dari Bahagian Perundingan Pengurusan 1, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Permukiman ini bertujuan untuk membuat penilaian dan kajian semula bagi Pelan Strategik JAKIM 2019-2025 melalui 7 Teras Strategik bagi menilai pencapaian serta keberkesanan program strategik dan seterusnya menentukan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan selaras dengan Surat Arahan Pengarah MAMPU bilangan 2 Tahun 2022.

Bil.

Teras

Ketua Teras

1.

Teras 1: Perundangan

Memperkasa penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam ke arah pelaksanaan syariat yang lebih berhikmah.

Pengarah Bahagian Undang-Undang

2.

Teras 2 : Pentadbiran Islam

Memperkukuhkan pentadbiran Islam melalui penyelidikan dan pembangunan dasar yang lebih progresif  berteraskan Maqasid Syariah.

Pengarah Bahagian Penyelidikan

3.

Teras 3 : Pendidikan

Membina keperibadian unggul melalui pemerkasaan system Pendidikan Islam ke arah kesejahteraan Ummah.

Pengarah Bahagian Pendidikan

4.

Teras 4 : Dakwah & Pembangunan Insan

Mmeantapkan kefahaman dan penghayatan Islam secara inklusif bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak.

Pengarah Bahagian Dakwah

5.

Teras 5 : Halal

Mengukuhkan rangka kerja dan inisiatif halal kea rah mengekalkan Malaysia sebagai peneraju halal global.

Pengarah Majlis Halal Malaysia

6.

Teras 6 : Tadbir Urus

Membudayakan tadbir urus organisasi berlandaskan nilai kesopanan, keprihatinan dan kepedulian ke arah merakyatkan perkhidmatan awam.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

7.

Teras 7 : Sosioekonomi

Meningkatkan keupayaan sosioekonomi umat Islam menerusi penyelarasan polisi yang komprehensif dan inklusif.

Pengarah

JAWHAR



Objektif penganjuran Permukiman JAKIM Tahun 2022 :

1. Mengkaji dan menilai semula Pelan Strategik JAKIM 2019-2025 selaras dengan perubahan dan pendekatan baharu melibatkan Sustainable Development Goals (SDG’s), Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030), Pelan Strategik Hal Ehwal Agama serta lain-lain dasar yang berkaitan.

2. Meluaskan advokasi dan ToT berkaitan Management Tools, analisis persekitaran serta pembangunan dan kajian semula pelan strategik.

3. Membincang, menganalisis dan merangka program strategik serta pelaksanaannya bagi pemantapan Pelan Strategik JAKIM; dan

4. Menyelaras program strategik JAKIM agar dapat bergerak secara sinergi dan holistik.

Permukiman JAKIM Tahun 2022 2

Permukiman JAKIM Tahun 2022 3

Permukiman JAKIM Tahun 2022 4

Permukiman JAKIM Tahun 2022 5

Permukiman JAKIM Tahun 2022 6

Permukiman JAKIM Tahun 2022 7

Permukiman JAKIM Tahun 2022 8

Permukiman JAKIM Tahun 2022 9