Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah, Unit Komunikasi Korporat
Sebagai tanda komitmen jabatan dalam usaha membanteras jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah telah diadakan pada 4 April 2022 (Isnin) bertempat di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya. Acara lafaz dan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd. Yusoff dengan disaksikan oleh YBrs. Tuan Mohamad Tarmize bin Abd. Manaf, Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lafaz bacaan Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Ustaz Norzaidan bin Hamad dari Unit Komunikasi Korporat, JAKIM. Majlis turut diisi dengan sesi dialog oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat selain acara gimik tayangan montaj Ikrar Bebas Rasuah. Penglibatan kalangan warga JAKIM dalam sesi soal jawab memperlihatkan kesungguhan warga jabatan dalam usaha membentuk penjawat awam yang telus bagi mencegah segala bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

KP JAKIM Lafaz Dan Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah 1

KP JAKIM Lafaz Dan Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah 2

KP JAKIM Lafaz Dan Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah 3

KP JAKIM Lafaz Dan Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah 4

KP JAKIM Lafaz Dan Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah 5