Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
PUTRAJAYA - Hubungan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) terus diperkukuh melalui kunjungan hormat Majlis Islam Sarawak (MIS) ke Bahagian Pengurusan Halal JAKIM pada 05 April 2022 lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Usaha penambahbaikan yang berterusan terhadap prosedur pensijilan halal Malaysia khususnya bagi premis makanan berangkai di Sarawak menjadi fokus utama sepanjang kunjungan hormat berlangsung. Melalui ucapan alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, YBhg Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee turut mengalu-alukan sebarang pandangan demi memastikan pensijilan halal Malaysia terus berjalan dengan lancar.

Delegasi pihak MIS yang hadir seramai 6 orang diketuai oleh Datu Haji Misnu bin Taha selaku Yang Di Pertua bersama-sama pengurusan tertinggi agensi berkenaan. Manakala pihak JAKIM diwakili oleh Penasihat Undang-Undang, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM serta pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua Bahagian.

JAKIM Terima Kunjung Hormat Majlis Islam Sarawak 1

JAKIM Terima Kunjung Hormat Majlis Islam Sarawak 2

JAKIM Terima Kunjung Hormat Majlis Islam Sarawak 3

JAKIM Terima Kunjung Hormat Majlis Islam Sarawak 4

JAKIM Terima Kunjung Hormat Majlis Islam Sarawak 5

JAKIM Terima Kunjung Hormat Majlis Islam Sarawak 6

JAKIM Terima Kunjung Hormat Majlis Islam Sarawak 7

JAKIM Terima Kunjung Hormat Majlis Islam Sarawak 8

#YakiniHalalMalaysia
#KeluargaMalaysia
#JAKIMSejiwa
#AgainstCovid19