Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
6 Ramadan 1443H bersamaan 8 April 2022 menjadi satu tarikh yang amat bermakna kepada warga Bahagian Pendidikan JAKIM apabila YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sudi mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Pendidikan, dalam siri lawatan kerja (walkabout) beliau ke bahagian-bahagian di JAKIM. Mengiringi beliau ialah YBhg. Dato' Dr. Sirajjudin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.

Dalam tausiyah yang disampaikan, YB Senator mahu semua warga Bahagian Pendidikan sentiasa melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya mengikut fungsi bahagian. Beliau mahu setiap produk yang dihasilkan oleh bahagian dipromosikan dan diuar-uarkan secara meluas kepada masyarakat awam agar masyarakat mendapat maklumat dan manfaat daripada produk tersebut. Beliau turut mengingatkan warga Bahagian Pendidikan agar sentiasa mendukung aspirasi kerajaan dan berusaha mendampingi serta memenuhi keperluan pelanggan. Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, beliau turut menitipkan pesanan kepada semua warga Bahagian Pendidikan agar tidak melepaskan peluang keemasan untuk meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda dengan membaca al-Quran, bertadarus, berterawih, bersedekah dan sebagainya.

YB Senator turut sudi membuka ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada warga bahagian untuk mengemukakan sebarang persoalan, berkongsi pandangan mahupun cadangan kepada beliau, khususnya dalam perkara yang menyentuh isu-isu pengurusan hal ehwal Islam dan Pendidikan Islam. Majlis diakhiri dengan sesi taklimat Bahagian Pendidikan yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Haji Hashim, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM dan sesi bergambar kenangan beramai-ramai. Seluruh warga Bahagian Pendidikan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian YB Senator mengadakan lawatan kerja

Lawatan Kerja YBM Ke Bahagian Pendidikan JAKIM 1

Lawatan Kerja YBM Ke Bahagian Pendidikan JAKIM 2

Lawatan Kerja YBM Ke Bahagian Pendidikan JAKIM 3

Lawatan Kerja YBM Ke Bahagian Pendidikan JAKIM 4

Lawatan Kerja YBM Ke Bahagian Pendidikan JAKIM 5

Lawatan Kerja YBM Ke Bahagian Pendidikan JAKIM 6

Lawatan Kerja YBM Ke Bahagian Pendidikan JAKIM 7