Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
MELAKA: 13 April 2022M/11 Ramadan 1443H:- Unit Juvana, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Melaka, Syarikat Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd dan QSR Brands (M) Holdings Bhd telah menganjurkan Program RnR (Remaja dan Ramadan) bertempat di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Turut hadir Tuan Mohd Fadhli bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Puan Noraswana binti Selamat, Pengetua Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka, Encik Mohd Hirwan bin Hasan Basri, Eksekutif Halal Syarikat Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd dan Encik Zaki bin Uzali , Eksekutif Jabatan Syariah & Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings) Bhd.

Penganjuran RnR (Remaja dan Ramadan) ini amat bertepatan dengan objektif program sebagai salah satu usaha berterusan oleh pihak JAKIM bagi membantu dan membimbing komuniti juvana agar dapat menjauhkan diri dari terjerumus dalam aktiviti yang merosakkan masa depan mereka dengan mengutamakan pemulihan kerohanian dari aspek akidah, akhlak dan syahsiah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama 26 orang kanak-kanak dan remaja penghuni Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh antaranya Slot Satu Hati Satu Rasa oleh fasilitator JAKIM, Slot Tazkirah Ramadan bertajuk “Ramadan-Syukuri Tanpa Tapi” oleh Ustazah Rozita bt Abdul Hamid, Pendakwah Negeri Melaka dan pemberian sumbangan KFC dan produk Mamee kepada setiap peserta serta majlis berbuka puasa.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta sebagai panduan hidup masa hadapan.

RnR Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka 1

RnR Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka 2

RnR Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka 3

RnR Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka 4