Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pada 11 April 2022. Delegasi SPKK ini telah disambut oleh Ybrs. Tuan Haji Mohamad Bin Abd. Wahab, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan & Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan negeri Kelantan.

Sesi ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang erat di antara SPKK, Bahagian Pendidikan JAKIM serta membincangkan pengurusan KAFA kelantan bagi tahun 2022. Antara yang dibincangkan ialah berkenaan dengan cadangan pelantikan guru besar sebagai ketua premis di peringkat sekolah, makluman mengenai pendaftaran murid KAFA Kelantan, penubuhan jawatankuasa teknikal KAFA Kelantan, buku teks, pendaftaran murid dan beberapa isu lain berkaitan pengurusan KAFA seluruh negeri Kelantan.

Kunjungan Hormat Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan 1

Kunjungan Hormat Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan 2

Kunjungan Hormat Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan 3

Kunjungan Hormat Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan 4

Kunjungan Hormat Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan 5