Kurator Berita : Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)
17 April 2022 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Islam, Unit Komunikasi Korporat dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak telah menganjurkan Program Kembara Ummah Zon Tengah: Masjid Jamek, Bahagian Betong dan Masjid Al-Muhtadin, Daerah Saratok selama tiga hari iaitu pada 15, 16 dan 17 April 2022 bertempat di Bahagian Betong dan Daerah Saratok, Sarawak.

Saudara Muhamad Alfan bin Raduan, Pelajar Semester dua Diploma Dakwah Islamiyyah merupakan pengerusi bagi program ini. Program ini telah dihadiri oleh penduduk setempat di Bahagian Betong dan Daerah Saratok.

Antara tujuan penganjuran program ini ialah melatih pelajar IKMAS untuk menyantuni masyarakat luar, mendedahkan kaedah rukun solat yang sempurna, dan merapatkan hubungan pihak IKMAS dengan masyarakat luar.

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya ialah Tausiah Berbuka yang telah disampaikan oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Dahlan bin Daut, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, dan Klinik Al-Fatihah oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Shahril bin Othman, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Al-Quran Wakaf turut disampaikan kepada pihak masjid berkenaan. Seterusnya majlis berbuka puasa, sesi solat Terawih dan Tadarus Al-Quran juga berlangsung di kedua-dua buah masjid tersebut.

Disamping itu, Unit Komunikasi Korporat IKMAS juga turut mengadakan pameran dan promosi program di IKMAS kepada penduduk Betong di Masjid Jamek, Bahagian Betong dan Masjid Al-Muhtadin, Daerah Saratok. Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk juga tidak dilupakan. Pihak urusetia IKMAS turut bersama masyarakat setempat untuk menjayakan sesi memasak bubur lambuk termasuk pengagihan bubur lambuk kepada penduduk sekitarnya.

Majlis Penutupan Program Kembara Ummah Zon Tengah ini telah disempurnakan oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Azri bin Murad, Pengerusi Pusat Islam IKMAS.

Semoga program ini akan dapat mengeratkan jalinan ukhuwah antara IKMAS dan masyarakat awam di Betong dan Saratok, Sarawak.

Kembara Ummah Zon Tengah Masjid Daerah Saratok 1

Kembara Ummah Zon Tengah Masjid Daerah Saratok 2

Kembara Ummah Zon Tengah Masjid Daerah Saratok 3

Kembara Ummah Zon Tengah Masjid Daerah Saratok 4

Kembara Ummah Zon Tengah Masjid Daerah Saratok 5

#ikmasinspirasiku
#unitkomunikasikorporat
#GandakanPahalaElakkanDosa
#KeluargaSejiwaJAKIM