Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
KENINGAU, SABAH: Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Bengkel Simulasi Penghasilan Course Learning Outcome (CLO), Programme Learning Outcome (PLO) dan Integrated Cumulative Grade Point Average (iCGPA) bermula pada 11 hingga 13 April 2022 di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para pensyarah di PPT JAKIM dalam menganalisa dan menghasilkan pelaporan CLO, PLO dan iCGPA bagi sesebuah program.

Penghasilan laporan CLO, PLO dan iCGPA amat penting bagi menambahbaik kepelbagaian aspek pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam sistem pendidikan. Analisis ini membantu pensyarah untuk melihat semula keberkesanan penyampaian dan pengajaran serta kesesuaian pentaksiran dalam mengukur CLO dan PLO yang telah ditetapkan.

Seramai 56 orang peserta yang hadir dalam program ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan pensyarah-pensyarah di bawah Pusat Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) JAKIM iaitu Darul Quran, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS). Bengkel selama 3 hari ini dibimbing oleh En Azizol bin Duralim daripada Kumpulan Edupra Solution yang dijemput untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman kepada peserta.

Diharapkan program ini akan dapat membantu PPT JAKIM dalam meningkatkan tahap kualiti dan keberkesanan pendidikan Islam di PPT JAKIM seiring dengan dasar pendidikan arus perdana.

Bengkel Simulasi Penghasilan CLOPLO Dan iCGPA 1

Bengkel Simulasi Penghasilan CLOPLO Dan iCGPA 2

Bengkel Simulasi Penghasilan CLOPLO Dan iCGPA 3

Bengkel Simulasi Penghasilan CLOPLO Dan iCGPA 4

Bengkel Simulasi Penghasilan CLOPLO Dan iCGPA 5

Bengkel Simulasi Penghasilan CLOPLO Dan iCGPA 6