Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah berjaya menganjurkan Webinar Diskusi Penyelidikan Isu-Isu Muamalat bertemakan “Pelaburan Emas : Cakna Hukum & Jana Untung” pada 25 April 2022 bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Ianya bertujuan untuk berkongsi hasil penyelidikan mengenai isu pelaburan emas dan memberi kefahaman kepada para peserta tentang isu-isu syariah yang berkaitan dalam pelaburan emas.

Terdapat dua (2) slot pembentangan dalam diskusi ini iaitu Slot pertama : “Aplikasi Syariah Dalam Produk Pelaburan Emas” oleh YBrs. Tuan Haji Lokmanulhakim bin Hussain, Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam manakala Slot kedua pula : “Pelaburan Emas : Praktis Semasa Industri” oleh YBrs. Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Program ini telah disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi JAKIM iaitu Facebook My JAKIM/ Youtube JAKIM dan disertai oleh 313 orang peserta.

Webinar Diskusi Isu Isu Muamalat Pelaburan Emas 1

Webinar Diskusi Isu Isu Muamalat Pelaburan Emas 2

Webinar Diskusi Isu Isu Muamalat Pelaburan Emas 3

Webinar Diskusi Isu Isu Muamalat Pelaburan Emas 4

Webinar Diskusi Isu Isu Muamalat Pelaburan Emas 5