Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah, Unit Komunikasi Korporat
25 APRIL 2022: YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAKIM diiringi oleh Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, KPP Bahagian Dasar Kemajuan Islam, dan KPP Bahagian Dakwah telah mengadakan kunjngan hormat kepada YB Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Hadir sama dalam pertemuan tersebut adalah pengurusan tertinggi KPWKM dan pegawai-pegawai kanan agensi-agensi di bawah KPWKM iaitu JKM, JPW, LPPKN, YKN dan LKM.

Pertemuan ini membincangkan isu-isu khususnya berkaitan wanita, kekeluargaan dan golongan rentan. Program-program kerjasama strategik yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua agensi diperkukuh dan ditambahbaik, seperti program pendidikan keibubapaan dan pembangunan keluarga, Masjid sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumahtangga, dan sebagainya.

Melalui pertemuan ini, pelbagai ruang kolaborasi yang baharu berjaya diterokai secara bersama. Antaranya, khidmat kaunseling kepada pasangan dalam proses perceraian, dan pemantapan Modul Skuad Waja. YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menyatakan sokongan padu atas usaha-usaha JAKIM dalam memelihara kesucian agama Islam dan kebajikan umat Islam di negara ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff dan pihak KPWKM atas masa yang diberikan dan kesudian mendengar isu-isu yang dibangkitkan. Semoga kerjasama yang dirancang membuahkan impak yang terbaik kepada golongan yang disantuni.

Kunjungan Hormat KP JAKIM Kepada YBTM KPWKM 1

Kunjungan Hormat KP JAKIM Kepada YBTM KPWKM 2

Kunjungan Hormat KP JAKIM Kepada YBTM KPWKM 3

Kunjungan Hormat KP JAKIM Kepada YBTM KPWKM 4

Kunjungan Hormat KP JAKIM Kepada YBTM KPWKM 5

Kunjungan Hormat KP JAKIM Kepada YBTM KPWKM 6