Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Putrajaya- Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) pada 25 April 2022. Kunjung hormat ini antara lain adalah untuk menjalinkan kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan JBG.

Delegasi JBG seramai lima (5) orang yang diketuai oleh Tuan Zaim bin Md. Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Puan Zuraidah binti Ayob, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah), Tuan Saharuddin bin Selamat, Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah), Nuraswan bin Aminuddin, Pengarah Bahagian Pendamping Guaman dan Encik Izzat Syazli bin Murshid, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengantaraan (Syariah).

Manakala JAKIM diketuai oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti. Semua pegawai-pegawai kanan Cawangan Pembangunan Keluarga KSK turut hadir dalam sesi ini. Manakala wakil daripada Bahagian Pendidikan, JAKIM Encik Zul Azli bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan dan wakil daripada Bahagian Dakwah, JAKIM iaitu Encik Ridhuan bin Dollah, Penolong Pengarah Kanan.

Perbincangan berkisar mengenai bidang kerjasama yang dapat dilaksanakan antara JAKIM dan JBG. Penghargaan dan terima kasih kepada JBG atas kunjungan hormat ini dan diharapkan agar melalui pertemuan ini membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara JAKIM dan JBG.

KSK Terima Kunjung Hormat Dari Jabatan Bantuan Guaman 1

KSK Terima Kunjung Hormat Dari Jabatan Bantuan Guaman 2

KSK Terima Kunjung Hormat Dari Jabatan Bantuan Guaman 3

KSK Terima Kunjung Hormat Dari Jabatan Bantuan Guaman 4