Kurator Berita : Darul Quran
27 April 2022 - Biarpun tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelangnya Aidilfitri, para pegawai Darul Quran tetap bersemangat untuk mengikuti Bengkel Modul Minggu Haluan Huffaz dan Latihan ToT Fasilitator Darul Quran Tahun 2022. Ini kerana kursus ini merupakan persediaan dalam menyambut pelajar-pelajar baharu yang akan mendaftar pada bulan Mei dan Jun nanti.

Kursus ini diadakan selama tiga hari bermula 27 hingga 29 April 2022 bertempat di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee telah merasmikan kursus ini. Seramai 28 orang pegawai dan kakitangan Darul Quran telah dipilih untuk menyertai kursus ini seterusnya bakal dilantik sebagai fasilitator yang akan mengendalikan Minggu Haluan Huffaz bagi pelajar-pelajar baharu nanti.

Kesemua bakal fasilitator Darul Quran ini pula diberikan tunjuk ajar oleh penceramah-penceramah yang dilantik dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Semoga semua ilmu yang diperolehi melalui kursus ini dapat diterjemahkan dalam Minggu Haluan Huffaz nanti.

Bengkel Modul Minggu Haluan Huffaz Dan Latihan TOT Fasilitator DQ

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=559