Kurator Berita : Bahagian Dakwah
26 April 2022 (Selasa) – JAKIM dengan kerjasama Penjara Sungai Buloh telah mengadakan Program Jejak Kasih Ramadan 1443H bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh dan telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah Penjara Sungai Buloh, YBrs. TKP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din, YBhg. Dato’ Sirajuddin bin Suhaimee, Timb. Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, YBrs. Prof. Dr. Mohd Roslan bin Mohd Noor, Pengerusi Yayasan Taqwa, YBhg. Dato' Hj. Mohd Redza Shah bin Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Encik Hayazi bin Darus, wakil QSR Brands (M) Holdings Berhad dan Tn. Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bhg. Dakwah JAKIM.

Seramai 100 orang penghuni penjara telah diraikan pada majlis tersebut dengan menerima sumbangan duit raya dan juadah berbuka puasa. Rakaman Takbir Raya bersama penghuni Penjara Sungai Buloh telah diadakan yang diketuai dua orang penghuni penjara iaitu Encik Muhammad Adib Mohd Noor dan Encik Yasin Sulaiman

Pada majlis ini juga YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Sungai Buloh (KSDK) dan sumbangan bahan bacaan untuk sudut bacaan penghuni penjara.


Jejak Kasih Ramadan 1443H YBM Bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh 1

Jejak Kasih Ramadan 1443H YBM Bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh 2

Jejak Kasih Ramadan 1443H YBM Bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh 3

Jejak Kasih Ramadan 1443H YBM Bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh 4

Jejak Kasih Ramadan 1443H YBM Bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh 5

Jejak Kasih Ramadan 1443H YBM Bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh 6