Kurator Berita : Bahagian Dakwah
26 Mei 2022 - Bangi, Selangor. Bahagian Dakwah melalui Cawangan Dakwah Bil Hal telah berjaya melaksanakan Kursus ToT Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH) Zon Tengah pada 24 - 26 Mei 2022 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi, Selangor. Objektif kursus ini adalah melahirkan sukarelawan Islam yang mahir, profesional dan patuh syariat dlm menjalankan khidmat sosial kpd masyarakat. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh KPPK CDBH, ustazah Rabihah binti Ibrahim. CDBH telah menjemput penceramah-penceramah profesional dari KKM, Hospital, IPT dan NGO. Kursus ini diakhiri dengan rumusan peserta yg mewakili jabatan masing-masing. Untuk makluman Kursus ini telah dihadiri oleh Sukarelawan Masjid Hospital daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAINPK), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Seramai 21 orang.

Kursus ToT Sukarelawan RAMAH Zon Tengah 1

Kursus ToT Sukarelawan RAMAH Zon Tengah 2

Kursus ToT Sukarelawan RAMAH Zon Tengah 3

Kursus ToT Sukarelawan RAMAH Zon Tengah 4

Kursus ToT Sukarelawan RAMAH Zon Tengah 5

Kursus ToT Sukarelawan RAMAH Zon Tengah 6