Kurator Berita : Darul Quran
23 Mei 2022 - Dari Pantai Timur ke Pantai Barat. Dari Kelantan ke Kuala Kubu Bharu. Pagi ini Darul Quran sangat berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan mahabbah dari Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Antara tujuan lawatan ini ialah bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang pelaksanaan program kemahiran SLDN di Darul Quran.

Delegasi pelawat telah diketuai oleh Ketua Pegawai Agama MAIK, Ustaz Haji Murtadha bin Abdullah serta tiga orang pegawai MAIK yang lain. Sementara delegasi MAIK ini telah diraikan dalam majlis secara santai oleh pegawai dan pensyarah Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat Darul Quran, diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pengajian Am, Haji Othman bin Muda yang mewakili Pengarah.

Semoga lawatan dan kunjungan mahabbah ini dapat lagi memperkukuhkan jaringan kerjasama terutamanya dalam Pendidikan Tahfiz di Malaysia.

Lawatan Mahabbah MAIK

Sumber berita daripada Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=571