Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 26 Mei - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Tatacara Penyediaan Kertas Siasatan pada 25-26 Mei 2022 bersamaan 24-25 Syawal 1443H, bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Objektif kursus ini ialah memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran kepada Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menyediakan kertas siasatan mengikut kaedah dan teknik yang betul dan berkesan. Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama di seluruh Malaysia telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Kursus ini menyentuh topik-topik berkaitan Kaedah dan Pendekatan Siasatan, Pengurusan Kertas Siasatan Akta 303, Pengurusan Kertas Siasatan Akta 559. Penyediaan Laporan Siasatan dan Diari Siasatan. Penceramah yang diundang untuk memberi pencerahan mengenai topik-topik tersebut ialah Tuan Atras bin Mohd Zin, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini diharap dapat membentuk sikap profesionalisme dan komitmen yang tinggi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama dalam pengendalian penguatkuasaan syariah yang lebih cekap dan telus.

Kursus Tatacara Penyediaan Kertas Siasatan 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/989-kursus-tatacara-penyediaan-kertas-siasatan-2