Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 26 Mei - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus Problem Solving pada 24 hingga 26 Mei 2022 bertempat di Bilik Kuliah Al-Sibawaih, Blok Akademik B. Kursus ini dihadiri oleh seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI), JAKIM, JAIN, MAIN serta agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pegawai dari pelbagai agensi.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengurus serta menangani masalah berdasarkan pendekatan Islam dan ilmu psikologi. Sepanjang kursus ini, peserta didedahkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Problem Solving merangkumi kaedah mengenal diri, mengenal persekitaran, mendalami al-Quran sebagai panduan dalam mencari dan menemukan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.

Kursus yang dikendalikan oleh ILIM ini telah mendapat kerjasama daripada dua (2) orang penceramah yang berpengalaman iaitu YBrs. Dr. Ahmad Rozelan bin Yunus, Kaunselor Berdaftar dan Encik Muhamad Syaari bin Ab. Rahman, penceramah bebas berkepakaran dalam bidang Al-Quran dan Hadis.

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat serta impak yang besar seterusnya berjaya mencapai matlamat yang disasarkan iaitu melahirkan barisan penjawat awam yang mantap dan berkebolehan khususnya Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI) JAKIM.

Kursus Problem Solving 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/990-kursus-problem-solving