Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Bandar Baru Bangi, Selangor - 1 dan 2 Jun 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan Program Training of Trainers (TOT) Pasukan Jurucakap Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera (KMKS) Bagi Agensi YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bertempat di Dewan Mawar, Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor. Program ini telah disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada agensi-agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (HEA). Objektif penganjuran program ini untuk memberi penjelasan kandungan Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera (KMKS) kepada Jurucakap KMKS yang akan menyampaikannya kepada kumpulan sasar melalui pelbagai medium seperti yang dinyatakan dalam Pelan Komunikasi KMKS.

Terdapat 4 sesi pembentangan dalam program ini. Sesi 1 bertajuk Pengenalan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Zaidi bin Ismail daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Manakala sesi ke- 2 disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Arief Salleh bin Rosman daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang bertajuk Teras Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera. Sesi 3 bertajuk Tadbir Urus Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Sesi 4 disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd. Izwan bin Md. Yusof dari Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA) yang bertajuk Model Mekanisme Pelaksanaan pada Peringkat Agensi Di Jabatan Perdana Menteri (HEA). Para peserta menunjukkan minat dan kesungguhan untuk memahami kandungan Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera (KMKS).

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Hj. Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA). YB Menteri juga menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli Panel KMKS dan surat tauliah kepada Jurucakap KMKS. Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh Datuk Hajjah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi, Timbalan Ketua Pengarah pengurusan dan ketua- ketua agensi di bawah YB Menteri (HEA).

Program TOT Pasukan Jurucakap KMKS Peringkat Agensi YB Menteri 1

Program TOT Pasukan Jurucakap KMKS Peringkat Agensi YB Menteri 2

Program TOT Pasukan Jurucakap KMKS Peringkat Agensi YB Menteri 3

Program TOT Pasukan Jurucakap KMKS Peringkat Agensi YB Menteri 4

Program TOT Pasukan Jurucakap KMKS Peringkat Agensi YB Menteri 5

Program TOT Pasukan Jurucakap KMKS Peringkat Agensi YB Menteri 6

Program TOT Pasukan Jurucakap KMKS Peringkat Agensi YB Menteri 7

Program TOT Pasukan Jurucakap KMKS Peringkat Agensi YB Menteri 8

Program TOT Pasukan Jurucakap KMKS Peringkat Agensi YB Menteri 9