Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 19 Mei – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Pengajian Kitab Falak Siri 3 secara dalam talian sasaran kepada Pegawai Hal Ehwal Islam S19-48 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi di bawah YBM dan JAIN/MAIN. Program ini dilaksanakan pada hari Khamis, 19 Mei 2022 bersamaan 18 Syawal 1443H, jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi melalui medium Google Meet, dan kehadiran peserta mencapai 35 orang.

Cara pengendalian kursus yang dijalankan adalah berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab yang dibimbing oleh Dr. Ahmad Irfan bin Ikmal Hashim dengan merujuk kepada Kitab al-Iqna’ fi Hal Alfaz Abi Shuja’. Siri kali ini telah mengupas topik berkaitan pengiraan waktu solat pengiraan zohor dan asar dan juga berkaitan Falak Suite.

Justeru, semoga siri kelas pengajian pada kali ini dan siri-siri akan datang berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan penguasaan bidang ilmu falak dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam, serta melahirkan kepakaran yang mahir ilmu bacaan kitab turath.

Pengajian Kitab Turath Falak Siri 3 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/992-pengajian-kitab-turath-falak-siri-3-kitab-al-iqna-fi-hal-alfaz-abi-shuja