Kurator Berita : Darul Quran
31 Mei 2022 - Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN sesi Mei 2022 telah dilaksanakan pada 30 hingga 31 Mei 2022. Seramai 150 orang pelajar semester dua dan lima telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Peperiksaan yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan di bilik-bilik Kuliah Bangunan College of Energy Economics dan di Dewan Peperiksaan, Perpustakaan UNITEN.

Cawangan Akademik Darul Quran JAKIM telah melantik seramai 15 orang panel bagi kursus Hifz Al-Quran Syafawi manakala dua orang petugas sebagai pengawas peperiksaan bagi kursus-kursus bertulis untuk memastikan kelancaran pengurusan di pusat peperiksaan.

Semoga pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Peperiksaan Pensijilan Tahfiz al Quran JAKIM UNITEN Sesi Mei 2022

Sumber berita daripada Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=576