Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menganjurkan Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) kali ke-56 dari 18 – 20 Mei 2022 di Kuala Kangsar.

JPPIK adalah sebuah Jawatankuasa yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang diletakkan di bawah MKI.

Persidangan JPPIK kali ke-56 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal bin Hassan selaku Pengerusi JPPIK dan JAKIM diwakili oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM merangkap Setiausaha JPPIK. Kehadiran persidangan terdiri daripada ahli JPPIK dari setiap negeri yang dilantik oleh Raja/Sultan, ahli-ahli JPPIK yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Pengarah/wakil Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Yayasan Islam Negeri-Negeri.

Beberapa program telah dilaksanakan bersempena penganjuran persidangan ini antaranya,
  1. Majlis Makan Malam bersama YAB Menteri Besar Perak;
  2. Lawatan ke Pondok Moden dan Institusi Tahfiz Darussolehah di Changkat Jering, Perak;
  3. Majlis Menghadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan; dan
  4. Forum Perdana Ehwal Islam (siaran langsung) yang dihadiri oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, DYMM Raja Permaisuri Perak, YAB Menteri Besar Perak dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Penganjuran Persidangan JPPIK ini adalah manifestasi kolaborasi strategik antara agensi Persekutuan dan Negeri khususnya dalam aspek memartabatkan Pendidikan Agama Islam di negara ini. Semoga kerjasama seumpama ini dapat diteruskan di lain-lain negeri pula.

Persidangan JPPIK Kali Ke 56 1

Persidangan JPPIK Kali Ke 56 2

Persidangan JPPIK Kali Ke 56 3

Persidangan JPPIK Kali Ke 56 4

Persidangan JPPIK Kali Ke 56 5

Persidangan JPPIK Kali Ke 56 6