Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
KUALA TERENGGANU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah bekerjasama dengan Bahagian Pentauliahan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melaksanakan Program Taklimat Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada institusi tahfiz bagi Zon Timur pada 9 Jun 2022 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, Gong Badak.

Taklimat ini diadakan bagi tujuan menarik minat institusi tahfiz dan menjelaskan perkara berkaitan program kemahiran melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB). Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Haji Hanifuddin bin Roslan (Timbalan Pengarah BDKI) dan ucapan perasmian oleh Ts. Dr. Aruna bin Ismail @ Abd Wahab (Pengarah Bahagian Pentauliahan JPK). Seterusnya taklimat telah disampaikan oleh Encik Nik Hanizan bin Nik Mat @ Nik Hassan (Penolong Pengarah Kanan BPT JPK) dan diakhiri dengan sesi lawatan ke bengkel-bengkel kursus kemahiran yang ditawarkan di ILPKT. Turut hadir ke program ini ialah Encik Kamaludin bin Tomiran (Pengarah ILPKT), wakil JHEAT, wakil Bahagian Pendidikan JAKIM, pegawai-pegawai JPK dan ILPKT serta wakil-wakil sekolah tahfiz.

Pelaksanaan taklimat ini merupakan program susulan selepas pelancaran Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz-TVET di bawah Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 16 Mac 2022. Semoga usaha memperkasa pelajar tahfiz dengan ilmu kemahiran ini dapat dilaksanakan dan mencapai objektifnya.

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Di Zon Timur 1

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Di Zon Timur 3

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Di Zon Timur 4

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Di Zon Timur 5

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Di Zon Timur 6

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Di Zon Timur 7

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Di Zon Timur 8

JAKIM Bersama JPK Bertemu Institusi Tahfiz Di Zon Timur 9