Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Arena Emas,Taman Impian Emas, Skudai ,Johor, 2 hingga 5 Jun 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengadakan Mahrajan Memanah Recurve Sekolah Menengah Agama (MESMA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 Tahun 2022. Penyertaan melibatkan pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Mahrajan kali ini telah di rasmikan oleh YBhg Dato’ Dr Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) mewakili YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAKIM. Manakala majlis penutupan di sempurnakan oleh YB. Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor mewakili Menteri Besar Johor. Turut hadir juga pada majlis penutupan iaitu YB. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Haji Mohd Idris Bin Haji Ahmad yang turut memberi ucapan aluan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pada kali ini, Mahrajan telah disertai oleh 11 negeri seluruh malaysia kecuali Perlis, Sabah dan Sarawak dengan keseluruhan kontinjen seramai 176 orang. Bagi kategori individu lelaki, johan telah dimenangi oleh Muhammad Nor Ashraf Mohd Nor @ Azam mewakili negeri Selangor. Manakala naib johan dimenangi oleh Sahil Fahmi bin Mohd Syakir yang juga mewakili Negeri Selangor dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Afiq Razeen bin Amir dari Wilayah Persekutuan dan Muhammad Firas Zafran Bin Shamsuddin dari Negeri Selangor. Bagi kategori individu perempuan pula, johan telah dimenangi oleh Nawal Buthainah Daing Binti Muhamad Azmi dari Negeri Johor manakala naib johan dimenangi oleh Nurul Hasya Hurin Binti Norhermen dari Negeri Kedah dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Nik Nursyafiqa Alyaa Binti Mohd Sanusi dari Negeri Kelantan dan Farah Qaisara Nabiah Binti Mohd Noor dari Wilayah Persekutuan. Bagi kategori berpasukan lelaki, johan telah dimenangi oleh Negeri Selangor manakala naib johan telah dimenangi oleh negeri Kelantan dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Wilayah Persekutuan dan Negeri Johor Untuk kategori berpasukan perempuan pula telah dimenangi oleh Negeri Selangor manakala naib johan telah dimenangi oleh Negeri Kedah dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Negeri Johor dan Negeri Kelantan. Untuk keseluruhannya, Mahrajan Memanah Recurve Sekolah Menegah Agama (MESMA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 Tahun 2022 ini telah dimenangi oleh Negeri Selangor dengan pungutan pingat sebanyak 7 emas, 4 perak dan 3 gangsa.

Oleh itu, Bahagian Pendidikan mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran MESMA pada kali ini. Tidak lupa juga, sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan insyaAllah kita akan berjumpa pada Mahrajan akan datang pada tahun berikutnya.

Mahrajan MESMA Peringkat Kebangsaan Kali Ke 3 Tahun 2022 1

Mahrajan MESMA Peringkat Kebangsaan Kali Ke 3 Tahun 2022 2

Mahrajan MESMA Peringkat Kebangsaan Kali Ke 3 Tahun 2022 3

Mahrajan MESMA Peringkat Kebangsaan Kali Ke 3 Tahun 2022 4