Kurator Berita : Darul Quran
16 Jun 2022 - Bengkel Teknikal Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 telah berjaya dilaksanakan secara hibrid antara pegawai-pegawai Darul Quran dan Lokasi-Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).

Kehadiran ahli secara bersemuka diadakan di Dewan Perpustakaan Darul Quran melibatkan pegawai-pegawai Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), Institut Pengajian Islam Kemaman(INSPI), Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN), Maahad Tahfiz Al-Quran ADDIN dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak. Sementara pegawai-pegawai Kolej Al-Quran Sayyidina Ali Melaka (KAQSA) dan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) terlibat secara dalam talian.

Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara teknikal bagi semua acara yang akan dipertandingkan dalam Ihtifal Huffaz yang akan berlangsung pada 18 hingga 23 Julai 2022. Dalam Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 ini, sebanyak 14 acara ilmi dan 10 acara sukan bakal dipertandingkan.

Bengkel Teknikal Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=585