Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah, Unit Komunikasi Korporat
23 JUN 2022/ 23 zukkaedah 1443H-Telah berlangsung dengan Jayanya di Dewan Saidina Abu Bakar Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) Ijtimak Pemantapan Guru Takmir Negeri Perak 2022 & Pelancaran Buku Fikah Pengurusan Masjid Dan Guru Takmir Institusi Negeri Perak. Perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Ruslan Said Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Dato’ Hj Mohd Yusop Husin Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Perak). Turut hadir ialah Dato Hj Zamri Hashim Timbalan Mufti Perak, Tuan Shahrul Azam Bin Shaari Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak dan SF Us Fauwaz Fadhil Nor penulis buku Fikah Pengurusan Masjid.

Dengan tema “Pemerkasaan Institusi Wakaf Bersama Guru Takmir”, program di mulakan dengan ceramah bertajuk Pengurusan Wakaf Di Negeri Perak yang disampaikan oleh SF Ustaz Suhaimi Yusoff Pengurus Besar Bahagian Mal Dan Wakaf MAIPk. Manakala ceramah kedua disampaikan oleh SF Ustaz Amirul Hakim Mad Said Penolong Pengurus Unit Harta Dan Wakaf dari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINK) syarikat MAIPk dengan tajuk Peranan PKEINK Sdn Bhd (PSB) Membantu MAIPk Memperkasa Wakaf Negeri Perak. Pemerkasaan wakaf ini hasil dari Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibn Al Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfurlah telah berkenan melancarkan program mengajak umat Islam berwakaf secara tunai sepanjang tahun iaitu WaQaf 365 baru-baru ini. Segala maklumat berkaitan wakafdan keperluannya disampaikan kepada seluruh murabbi untuk disampaikan kepada akar umbi.

Acara kemuncak ijtimak kali ini ialah majlis pelancaran buku Fikah Pengurusan Masjid dan Guru Takmir Institusi Negeri Perak oleh Pengarah Kanan Dakwah JAKIM. Buku yang dihasilkan oleh pakar fiqh negara SF Ustaz Fauwaz Fadhil Nor ini mengandungi 39 perbahasan tentang hukum hakam berkaitan tentang masjid, hukum-hakam berkaitan dengan kewangan, pentadbiran, wakaf dan lain-lain. Ia merupakan inovasi fikah yang penting di zaman ini khususya mereka yang terlibat dengan masjid sama ada pentadbiran, pengurusan dan pelaksana buat kali pertama dibahaskan dalam bentuk yang detail.

Dalam majlis ini juga diadakan penyerahan mock check berjumlah RM72,155,143.20 dari JAKIM kepada JAIPk. Turut disampaikan simbolik penyerahan kouta seramai 107 orang Guru Takmir Kluster Institusi oleh Dato Hj Mohd Yusop Husin Pengarah JAIPk kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Perak 26 orang, Jabatan Kebajikan Masyarakat 27 orang, Jabatan Penjara Perak 27 orang dan Bahagian Dakwah JAIPk bagi Perkampungan Orang Asli 27 orang. Menjadikan kekuatan Takmir Perak yang terkini seramai 428 orang. Tidak ketinggalan dua orang tokoh iaitu AF Tn Hj Saiyid Hasan bin syed Idrus dari daerah Mu’allim Tokoh Guru Takmir Perak dan AF Tn Hj Jamharik bin Mohamad Tokoh Imam Perak yang telah mendapat anugerah dari mantan Menteri Hal Ehwal Agama pada tahun 2020 iaitu semasa pendemic Covid 19 melanda negara diraikan sekali lagi dalam majlis yang bermakna ini.

Selain itu, booth dari pelbagai agensi dibuka iaitu Tabung Haji Perak, PKEINKP, Bahagian Penerbitan JAKIM dan van bergerak Zakat MAIPk. Pogram ini turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Perak, wakil AADK Perak, wakil JKM Perak, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah Kanan, Pegawai-Pegawai Takmir Negeri, Penyelaras Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah, imam, guru Takmir , guru Kafa dan Takmir Zon Utara.

Ijtimak Pemantapan Guru Takmir Negeri Perak 2022 1

Ijtimak Pemantapan Guru Takmir Negeri Perak 2022 2

Ijtimak Pemantapan Guru Takmir Negeri Perak 2022 3

Ijtimak Pemantapan Guru Takmir Negeri Perak 2022 4

Ijtimak Pemantapan Guru Takmir Negeri Perak 2022 5

Ijtimak Pemantapan Guru Takmir Negeri Perak 2022 6

Berita disediakan oleh:
Pegawai Penyelaras Kanan Takmir Negeri Perak