Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 21 Jun 2022 - Kursus Eksekutif Imam dan Muazzin merupakan satu kursus khas yang modulnya dibangunkan sendiri oleh ILIM dan dilaksanakan berdasarkan keperluan kepada penyediaan imam-imam dan muazzin-muazzin pelapis yang berkualiti. Seramai 30 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan JAKIM telah menyertai kursus yang akan diadakan secara bersiri iaitu Kursus Eksekutif Imam sebanyak lapan (8) siri dan Kursus Eksekutif Muazzin sebanyak lima (5) siri.

Majlis Perasmian yang diadakan pada 21 Jun 2022 ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminudin bin Mohamad, Pengarah Kanan ILIM. Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa JAKIM melalui ILIM mengadakan kursus ini sebagai pelan jangka panjang bagi memastikan pengurusan ibadah solat dan yang berkaitan dengan masjid terutamanya masjid-masjid di bawah JAKIM dapat berjalan dengan baik.

Keperluan kursus ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi keperluan melahirkan imam-imam dan muazzin-muazzin yang profesional serta mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik. Di samping itu, diharapkan kursus ini mampu melahirkan imam dan muazzin yang mempunyai keperibadian yang mampu menjadi teladan dan contoh kepada masyarakat.

βžπŒπ„ππ‰π€ππ€ πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€πβž
βžπ—œπ—‘π—šπ—”π—§ π—œπ—Ÿπ—œπ—  π—œπ—‘π—šπ—”π—§ π—Ÿπ—”π—§π—œπ—›π—”π—‘βž

Perasmian Kursus Eksekutif Imam dan Muazzin 2022 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1010-perasmian-kursus-eksekutif-imam-dan-muazzin-2022