Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Penasihat Pembangunan Al-Quran Malaysia (LPQM) Bilangan 4 Tahun 2022 pada 28 Jun 2022 bersamaan 28 Zulkaedah 1443H bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Kemajuan islam Malaysia, Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff, Profesor dari Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang merupakan pengerusi LPQM telah berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri oleh sebahagian daripada ahli mesyuarat. Sebagai makluman, Ahli- ahli Lembaga Penasihat Pembangunan Al-Quran Malaysia adalah dalam kalangan para ilmuan yang berkepakaran khusus dalam bidang Al-Quran.

Mesyuarat pada kali juga ini telah banyak menghasilkan pelbagai idea, cadangan dan sumbang saran para ahli dalam rangka ke arah pembangunan Al-Quran selaras dengan objektif penubuhan lembaga iaitu sebagai penasihat dan pusat rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam hal ehwal berkaitan pembangunan dan penyelidikan al-Quran serta mewujudkan penyelarasan berpusat dan kerjasama secara langsung dan holistik berkaitan pengurusan hal ehwal Al-Quran dengan semua pihak yang berkenaan.

Mesyuarat LPQM Bilangan 4 Tahun 2022 1

Mesyuarat LPQM Bilangan 4 Tahun 2022 2

Mesyuarat LPQM Bilangan 4 Tahun 2022 3

Mesyuarat LPQM Bilangan 4 Tahun 2022 4