Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 28-30 Jun 2022 – Merancang dan menyusun strategi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan dan mengembangkan kompetensi Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) JAKIM menerusi kemahiran PdPc yang baik perlu diterapkan dalam setiap peserta supaya dapat menghasilkan kaedah penyampaian yang tepat serta berkesan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Rentetan itu, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) pada 28 Jun hingga 30 Jun 2022 di Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS) Sarawak yang melibatkan 21 orang Pensyarah IKMAS JAKIM dari pelbagai skim (gred 29 ke atas) termasuk dua orang pensyarah dari Mesir.

Kursus yang diadakan selama 3 hari ini antara lain bertujuan untuk mempelajari strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang berkesan dalam meningkatkan pengetahuan dan aplikasi pengajaran didalam kuliah yang di ajar serta mendalami teknik dan alat dalam sesi PdPc sebagai salah satu usaha untuk menjadi pensyarah yang berjaya.

Kursus disampaikan oleh YBrs. Dr. Noorazi bin Rani, Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi dan dibantu oleh YBrs. Encik Mohd Yusri bin Yusoff, Timbalan Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG KBA yang berpengalaman luas dalam melaksanakan latihan kepada bakal-bakal guru di Institut Pendidikan Guru dan juga di Universiti tempatan.

Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan input berguna kepada para peserta seterusnya memberi impak kepada kemenjadian pelajar-pelajar di IKMAS.

Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan Menghasilkan Pensyarah Yang Berkualiti 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1024-pengajaran-dan-pembelajaran-berkesan-menghasilkan-pensyarah-yang-berkualiti