Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Lahad Datu, 30 Jun - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Siri 1 pada 28 hingga 30 Jun 2022 iaitu pada hari Selasa hingga Khamis. Kursus ini telah disertai seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada imam-imam JHEAINS, penjawat awam dan masyarakat awam di sekitar daerah Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Tungku, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod dan Sandakan.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan meningkatkan keyakinan dan daya kepimpinan pentadbir masjid dalam menghadapi cabaran masa kini, mengukuhkan hubungan kerjasama antara pentadbir masjid dan melahirkan pentadbir masjid yang mampu mempraktikkan strategi dan pendekatan yang holistik dalam pengurusan masjid.

Pelbagai slot menarik telah disampaikan oleh Ustaz Sahijuan bin Sariul iaitu Pegawai Penyelaras Masjid daripada JHEAINS Kinabatangan dan Ustaz Azman bin Latip iaitu Pegawai Penyelaras Masjid daripada JHEAINS Telupid/Tongod. Antara kupasan ilmu yang disampaikan ialah Masjid Dan Kepentingannya, Pengurusan Organisasi Masjid, Peranan AJK Masjid Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Berkaitan Masjid, Pengurusan Pengimarahan Masjid dan Etika Pengurus Masjid.

Program ini telah disempurnakan oleh oleh Ustaz Abdul Mutalib bin Abdul Rahim selaku Pengarah Kampus, ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM. Semoga program ini mencapai matlamatnya dalam memberikan kemahiran serta meningkatkan kefahaman peserta dalam bidang pengurusan dan pentadbiran masjid.

Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Siri 1 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1026-kursus-pengurusan-dan-pentadbiran-masjid-siri-1