Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Keningau, Sabah : Pada 1 hingga 3 Julai 2022 (Jumaat - Ahad) telah berlangsung Program MyInsaniah, siri 1/2022 (Modul Kepimpinan) bertempat di Institut Pengajian Islam dan Dakwah anjuran Bahagian Dakwah, JAKIM dengan kerjasama IPDAS Keningau, Sabah. Program ini telah disertai oleh 96 orang peserta dari Semester Lima.

​Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah. Manakala Ucapan aluan Program telah disampaikan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JAKIM.

Objektif utama program iaitu Membangun belia yang memiliki daya kepimpinan Islam berteraskan prinsip Ihsan dan Qawiyyul Amin sebagai persiapan untuk menjadi pemimpin masa depan negara;meningkatkan penghayatan Islam kepada golongan belia agar taat dan istiqomah dalam menyempurnakan tuntutan Islam sebagai al-Din dan al-Daulah; dan melahirkan belia sebagai modal insan yang kompeten, berintegriti, berkualiti, berketerampilan, berdaya tahan dan memiliki jati diri yang kukuh melalui peningkatan kemahiran insaniah.

Program ini telah dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator terlatih dari Institut Latihan Islam Malaysia (Kampus Kundasang), JAKIM Sabah dan dari IPDAS sendiri. Pelbagai pengisian yang diadakan kepada para peserta yang terdiri daripada aktivit Ice Breaking, slot ilmu kepimpinan, explorace yang menguji kefahaman peserta dari sesi ceramah yang diberikan dan riadah bermodul untuk kesihatan fizikal serta pengisian kerohanian melalui qiyamullail dan tazkirah spontan.

Program MyInsaniah Siri II 2022 Modul Kepimpinan 1

Program MyInsaniah Siri II 2022 Modul Kepimpinan 2

Program MyInsaniah Siri II 2022 Modul Kepimpinan 3

Program MyInsaniah Siri II 2022 Modul Kepimpinan 4

Program MyInsaniah Siri II 2022 Modul Kepimpinan 5

Program MyInsaniah Siri II 2022 Modul Kepimpinan 6