Kurator Berita : Bahagian Dakwah
16 Julai 2022 (Sabtu) - Program Citra Kasih Belia Sabah telah berlangsung di Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Al-Ain Keningau, Sabah. Objektif program ini adalah untuk melahirkan kesedaran para belia menghargai golongan anak yatim dan fakir miskin, meningkatkan keperihatinan dan memupuk rasa kasih sayang belia kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Program dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengusaha Rumah Anak Yatim iaitu YBrs. Ustaz Hishamuddin bin Sulaiman dan diteruskan ucapan Penyelaras Program Ustazah Mastura binti Mohamed Tahir, PPK Bahagian Dakwah Bil Hal, JAKIM.

Setelah itu, sesi suai kenal dan ramah mesra penghuni Rumah Al-Ain bersama para pelajar IPDAS bermula ketika sesi minum pagi bersama. Program diteruskan dengan Tazkirah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ikhwan bin Mohd Salleh, Pensyarah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS). Pengisian diikuti dengan aktiviti sharing is caring yang melibat penghuni Rumah Anak Yatim bersama pelajar IPDAS melalui lakaran kehidupan dan pada masa yang sama, sebahagian besar pelajar IPDAS mengadakan gotong royong pembersihan rumah anak yatim. Program ini disertai oleh 30 orang pelajar IPDAS dan penghuni rumah Al-Ain.

Diakhir program, sesi penyampaian sumbangan barang keperluan asas, hamper dan sijil untuk semua peserta. Program selesai pada jam 2.30 petang selepas solat zohor berjemaah dan makan tengahari.

Citra Kasih Belia Sabah 1

Citra Kasih Belia Sabah 2

Citra Kasih Belia Sabah 3

Citra Kasih Belia Sabah 4

Citra Kasih Belia Sabah 5

Citra Kasih Belia Sabah 6

Citra Kasih Belia Sabah 7

Citra Kasih Belia Sabah 8