Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
19 Julai 2022 (Selasa) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Seminar Isu Kefatwaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2022. Program yang dilaksanakan ini adalah sebagai platform perbincangan isu-isu semasa hukum/fatwa yang bertujuan memberi pendedahan serta penjelasan mengenai isu-isu semasa berkaitan hukum/fatwa sebagai panduan dan rujukan masyarakat Islam.

Seminar kefatwaan kali ini membincangkan tiga keputusan fatwa hasil daripada kajian isu-isu semasa yang telah dilaksanakan pada tahun 2021. Kajian tersebut melibatkan 3 kumpulan penyelidik yang terdiri daripada para pensyarah di institusi pengajian tinggi tempatan.

Pembentangan kajian pada seminar ini dilaksanakan dalam bentuk bual bicara yang akan memberi ruang kepada para peserta untuk melontarkan persoalan-persoalan berkaitan atau cadangan bagi memperolehi maklumat yang lebih jelas dalam isu-isu yang diketengahkan.

Seminar Isu Kefatwaan Pulau Pinang 2022 1

Seminar Isu Kefatwaan Pulau Pinang 2022 2

Seminar Isu Kefatwaan Pulau Pinang 2022 3

Seminar Isu Kefatwaan Pulau Pinang 2022 4

Seminar Isu Kefatwaan Pulau Pinang 2022 5

Seminar Isu Kefatwaan Pulau Pinang 2022 7

Seminar Isu Kefatwaan Pulau Pinang 2022 8

Seminar Isu Kefatwaan Pulau Pinang 2022 9

Seminar Isu Kefatwaan Pulau Pinang 2022 10