Kurator Berita : Bahagian Dakwah
17 Julai 2022 (Ahad) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah, JAKIM telah menganjurkan satu forum belia Islam iaitu Forum Al-Qawiyyul Amin yang bertajuk “Aspirasi Belia Peneraju Kegemilangan Negara” bertempat di Pentas Utama, Tuaran Sabah sempena Sambutan Hari Belia Negara.

Forum ini telah menampilkan dua orang ahli panel iaitu Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad, Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah dan Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah. Forum kali ini telah dikendalikan oleh moderator Ustaz Mohd Shamsuri bin Ghazali, Pengarah Institut Latihan Malaysia Kampus Kundasang.

Antara persoalan yang dibincangkan dalam forum ini berkaitan bentuk dan aspirasi belia sebagai peneraju kegemilangan negara dan tema sambutan Hari Belia Negara iaitu “Ini Masa Kita”. Selain itu juga panel forum turut berkongsi mengenai konsep Qawiyyul Amin dalam kalangan belia hari ini dan sebagai kepimpinan pada masa akan datang serta kepimpinan digital setelah negara memasuki pasca Covid-19.

Sesi penyampaian cenderamata kepada panel dan moderator yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah. Pentas utama turut dimeriahkan oleh pengacara majlis dengan cabutan bertuah dan soalan kuiz berkaitan JAKIM.

Forum Al Qawiyyul Amin 1

Forum Al Qawiyyul Amin 2

Forum Al Qawiyyul Amin 3

Forum Al Qawiyyul Amin 4

Forum Al Qawiyyul Amin 5

Forum Al Qawiyyul Amin 6