Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 13 Julai 2022 – Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Bangi telah mengadakan Program Ibadah Korban anjuran bersama Surau At-Tijarah, KPDNHEP Putrajaya sempena Aidiladha 1443/2022. Ketua Setiausaha, YBhg Datuk Azman Mohd Yusof turut hadir di dalam program Ibadah Korban pada tahun ini diiringi YBhg. Datin Roszanina Wahab, TKSU (Pendayaupayaan Pengguna) dan Tuan Azman Adam, Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP.

Dengan tema “Berjuang Berkorban Kerana Allah”, bermula jam 8:00 pagi, 3 ekor lembu dan seekor lembu milik KPDNHEP telah dikorbankan dan diikuti sesi melapah daging lembu oleh warga kerja Institut Latihan Islam Malaysia. Sesi pengagihan daging korban telah diketuai oleh Pengarah Kanan ILIM, Ustaz Aminudin bin Mohamad dan agihan daging tersebut telah dihantar kepada anak-anak asnaf dari SK Sg Merab Luar.

" Ingat Latihan, Ingat ILIM"

Program Ibadah Korban 2

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1042-program-ibadah-korban