Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Lahad Datu, 21 Julai - Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, telah mengadakan Kursus Profesionalisme Imam Siri 1 pada 19 hingga 21 Julai 2022 bertempat di Bilik Kuliah Yusof Al-Qardhawi, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu. Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada imam-imam JHEAINS dan masyarakat awam di sekitar daerah Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Tungku, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod dan Sandakan.

Objektif utama ialah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai tugas dan tanggungjawab seorang imam dalam aspek pengurusan masjid dan kemasyarakatan, meningkatkan sahsiah dan keterampilan diri imam sebagai teladan (qudwah hasanah) serta melahirkan imam yang profesional dalam melaksanakan tugasannya.

Antara pengisian ceramah yang disampaikan dalam kursus ini ialah Karier Imam Kaitannya dengan Konsep Ibadah, Akauntabiliti Kaitannya Dengan Hari Akhirat, Tahsin Bacaan Qiraah disampaikan oleh Ustaz Miftahul Ulum Imron, Guru Maahad Tahfiz Ar-Rahmah, Kinabatangan. Manakala Ustaz Mohammad Fazli Tikson daripada Pegawai Penyelaras Masjid, JHEAINS Daerah Tungku menyampaikan ceramah Konsep Imam Menurut Perspektif Islam, Etika Profesion Imam, Peranan Dan Tanggungjawab Seorang Imam.

Kursus Profesionalisme Imam Siri 1 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1050-kursus-profesionalisme-imam-siri-1