Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
ALOR GAJAH – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) terus memperkukuh kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Agama Islam Melaka bagi melaksanakan Taklimat SPKM kepada institusi tahfiz Zon Selatan pada 20 Julai 2022 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Melaka.

Taklimat ini diadakan bagi tujuan menjelaskan perkara berkaitan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada mudir dan pengurus institusi tahfiz. Pihak JPK memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kaedah mendapat pengiktirafan kemahiran iaitu melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Taklimat SPKM ini telah disampaikan oleh Dr. Nor Salwa binti Hamdan, Pegawai Kanan Bahagian Pentauliahan JPK dan mendapat perhatian pengurus-pengurus tahfiz semasa sesi soal jawab. Pada siri keempat program ini, perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Aruna binti Ismail @ Abd Wahab, Pengarah Bahagian Pentauliahan JPK. Manakala JAKIM diwakili Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah BDKI, dan turut dihadiri Encik Saiful Maarof bin Masrom, Timbalan Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Encik Muhammad Musa bin Ahmad, Pengarah JPK Wilayah Selatan, Ustaz Ahmad Sabri bin Ahmad Harnaini, (Jabatan Agama Islam Melaka) serta Ustaz Tamim Dari bin Shaharudin (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan). Sesi taklimat ini diakhiri dengan lawatan ke bengkel elektrik dan hospitaliti yang ditawarkan di IKTBN Alor Gajah.

Diharapkan pelaksanaan taklimat ini memberi peluang pihak tahfiz untuk meneroka cabaran baharu ke arah melahirkan huffaz professional dan berkemahiran tinggi.

Sinergi JPK JAKIM Dan Pihak Berkuasa Agama Negeri 1

Sinergi JPK JAKIM Dan Pihak Berkuasa Agama Negeri 2

Sinergi JPK JAKIM Dan Pihak Berkuasa Agama Negeri 3

Sinergi JPK JAKIM Dan Pihak Berkuasa Agama Negeri 4

Sinergi JPK JAKIM Dan Pihak Berkuasa Agama Negeri 5

Sinergi JPK JAKIM Dan Pihak Berkuasa Agama Negeri 6

Sinergi JPK JAKIM Dan Pihak Berkuasa Agama Negeri 9

Sinergi JPK JAKIM Dan Pihak Berkuasa Agama Negeri 10

Sinergi JPK JAKIM Dan Pihak Berkuasa Agama Negeri 11

Sinergi JPK JAKIM Dan Pihak Berkuasa Agama Negeri 12