Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 28 Julai - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan, Aset dan Perolehan Kerajaan bertempat di Bilik Kuliah Abdul Qadir Al-Jailani, Blok Akademik A. Kursus ini dihadiri oleh seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI), JAKIM, MAIN, JAIN serta agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pegawai dari pelbagai agensi.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta-peserta dengan prinsip dan kaedah pengurusan kewangan, aset serta perolehan kerajaan secara berkesan sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan dan peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa. Sepanjang kursus ini, peserta didedahkan berkaitan pengurusan kewangan, kumpulan wang amanah, deposit dan panjar, pengurusan aset serta pengurusan perolehan.

Kursus yang dikendalikan oleh ILIM ini telah mendapat kerjasama daripada penceramah yang berpengalaman dari Institut Perakaunan Negara (IPN), Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor dan Bahagian Perolehan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat serta impak yang besar seterusnya berjaya mencapai matlamat yang disasarkan iaitu melahirkan barisan penjawat awam yang mantap dan berkebolehan khususnya Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI) JAKIM.

ILIM Sahut Langkah Penjimatan Perbelanjaan Kerajaan 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1054-ilim-sahut-langkah-penjimatan-perbelanjaan-kerajaan