Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Besut, 3 Julai - Telah berlangsung Kolokium Pengkaedahan Jawi (Tahap Pertengahan) pada 1 hingga 3 Julai 2022 bertempat di Bilik Al-Ghazali, ILIM Kampus Besut. Program ini bertujuan untuk melahirkan Jurulatih Utama Jawi bagi mengembangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru KAFA yang lain. ILIM Kampus Besut melalui Kluster Kecemerlangan dan Pengurusan Islam melatih seramai 40 orang KAFA daripada Pahang dan Terengganu.

Para jurulatih ini diwajibkan melengkapi 3 tahap iaitu asas, pertengahan dan lanjutan. Program yang sarat dengan interaksi 2 Hala, latihan, praktikal Dan latih tubi ini diharapkan akan berjaya melahirkan jurulatih Utama Jawi yang, mahir dan berpotensi untuk terus berkembang dan melatih guru-guru KAFA di sekolah Dan daerah masing-masing.

Para peserta sangat bertuah kerana dapat mengutip ilmu terus daripada Munsyi Jawi sendiri iaitu YBhg. Us. Mansor bin Mohamad.

Kolokium Pengkaedahan Jawi Tahap Pertengahan 3

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1058-kolokium-pengkaedahan-jawi-tahap-pertengahan