Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KELANTAN: 15 hingga 17 Julai 2022:- Unit Pembangunan Juvana, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan (JKMNK) telah mengadakan Program R.I.S.E Camp (Remaja Islam Sentiasa Excellent) selama 3 Hari 2 malam dengan kerjasama strategik bersama Syarikat Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. dan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. bagi menjayakan program ini.\

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti JAKIM. Turut hadir YBrs. Dr. Hasnan bin HJ. Ramli, Timbalan Pengarah Operasi JAHEAIK, dan YM Tengku Ahmad Faisal bin Tengku Rahim, Penolong Pengarah Kanan JKMNK. Seramai 39 orang remaja juvana daripada kategori Perintah Bengkel Interaktif telah mengikuti program yg diadakan di Sudara Beach Resort & Spa, Bachok, Kelantan.

Penganjuran R.I.S.E Camp ini amat bertepatan dengan objektif program sebagai salah satu usaha berterusan oleh pihak JAKIM bagi membantu dan membimbing komuniti juvana agar dapat menjauhkan diri dari terjerumus dalam aktiviti yang merosakkan masa depan mereka dengan mengutamakan pemulihan kerohanian dari aspek akidah, akhlak dan syahsiah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Slot Interaktif, Slot Pengurusan Jenazah, Slot Ceramah JAHEAIK dan JKM dan pelbagai akitiviti luar sepanjang program 3 hari berlansung.

Semoga program ini memberi manfaat dan kesedaran kepada semua peserta sebagai panduan hidup di masa hadapan demi kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat.

Program RISE Camp Kelantan 1

Program RISE Camp Kelantan 2

Program RISE Camp Kelantan 3

Program RISE Camp Kelantan 4

Program RISE Camp Kelantan 5