Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
CHOW KIT, KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Ihtimam Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab Kuala Lumpur dan Syarikat Colgate-Palmolive telah menjayakan Program Peduli Outreach bermula jam 11.00 malam sehingga jam 12.45 malam bagi menyantuni komuniti gelandangan dan penduduk di sekitar Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib.
 
Outreach ini diketuai oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBhg. Datuk Hj Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI, YBhg. Dato’ Razali bin Shahabudin, Pengerusi YIM, YBrs. Tuan Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBrs. En. Marwan bin Desa, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bah. KSK dan para pegawai serta sukarelawan daripada agensi-agensi tersebut.

Objetiktif program ini diadakan adalah untuk mendekati dan melihat realiti kehidupan rakan jalanan di samping memberikan sumbangan barangan keperluan makanan dan kit kebersihan kepada 200 orang asnaf yang memerlukan.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi secara berkala dengan kerjasama strategik daripada semua pihak agar menjadi pemangkin semangat dan sinar baru demi kelangsungan hidup komuniti ini.

#PasukanMenteriAgama
#MenteriAgama
#AsnafDisantuni

Program Peduli Outreach 1

Program Peduli Outreach 2

Program Peduli Outreach 3

Program Peduli Outreach 4