Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
9 Ogos 2022 - Kuching, Sempena Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sarawak, YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad telah menyampaikan Syarahan Perdana Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera Berteraskan Maqasid Syariah Peringkat Negeri Sarawak 2022. Sesi syarahan perdana ini diadakan di Masjid Darul Hana, Kuching Sarawak. Turut hadir dalam program ini adalah YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM.

Antara intipati syarahan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri ialah mengenai Konsep Keluarga Sejahtera menurut perspektif Islam, Cabaran Merealisasikan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera, Teras Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera dan Tadbir Urus Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera berteraskan Maqasid Syariah.

Program ini adalah sebahagian daripada siri jelajah penjelasan dan penerangan Konsep Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang dibangunkan dalam pelan komunikasi KMKS JAKIM ke negeri-negeri. Seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada imam,bilal,marbut,guru kafa,guru takmir dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) negeri Sarawak telah menghadiri syarahan perdana tersebut.

Syarahan Perdana KMKS Sarawak 1

Syarahan Perdana KMKS Sarawak 2

Syarahan Perdana KMKS Sarawak 3

Syarahan Perdana KMKS Sarawak 4

Syarahan Perdana KMKS Sarawak 5

Syarahan Perdana KMKS Sarawak 6

Syarahan Perdana KMKS Sarawak 7