Kurator Berita : Darul Quran
10 Ogos 2022 - Dari Pulau Pinang ke Kuala Kubu Bharu, pada pagi ini Darul Quran sangat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia (USM). Antara tujuan lawatan ini ialah bagi mendapatkan informasi dan maklumat berkenaan pelaksanaan Program Pengajian Tahfiz di Darul Quran.

Delegasi ini telah diketuai oleh Pengarah Pusat Islam USM, Tuan Haji Mohammad Shukri Osman bersama enam orang pegawai-pegawai yang lain. Turut meraikan dalam majlis yang diadakan secara santai ini ialah Ustazah Rosliza binti Abd Latif, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Dasar & Instrumentasi, Darul Quran.

Kunjungan Hormat Pusat Islam USM Ke DQ

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=621