Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam bersama Bahagian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Kewangan telah mengadakan kunjung hormat kepada Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) pada 19 Ogos 2022 di Sabak Bernam, Selangor. Delegasi JAKIM telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kemajuan Islam, JAKIM dan disertai oleh seramai 8 orang pegawai. Turut serta dalam sesi kunjung hormat ini ialah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor yang berperanan dalam menguruskan sistem perkhidmatan pendidikan Islam di Negeri Selangor kepada hampir 7,000 orang guru-guru di bawah JAIS.

Sesi ini telah pengerusikan oleh Encik Anas bin Ayob, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam, JAIS dan dihadiri oleh Encik Mazlan bin Osman selaku Pengurus ILDAS yang bertanggungjawab dalam mengurus dan melaksanakan latihan kepada Guru-guru di bawah JAIS termasuklah Guru-guru di bawah Program KAFA JAKIM.

Lawatan ini adalah signifikan kepada JAKIM bagi mendapatkan penerangan dan menjalinkan kerjasama bagi perkongsian penggunaan Modul Ikhtisas Perguruan yang terdapat di BPI dan ILDAS JAIS untuk diperluaskan manfaatnya kepada Guru-guru KAFA di negeri-negeri lain. Semoga usaha ini menatijahkan manfaat yang besar kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi Guru-guru di bawah Program KAFA JAKIM.

Kunjung Hormat Kepada ILDAS 1

Kunjung Hormat Kepada ILDAS 2

Kunjung Hormat Kepada ILDAS 3

Kunjung Hormat Kepada ILDAS 4