Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
KOTA KINABALU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam bersama-sama Bahagian Pentauliahan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah melaksanakan Taklimat Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada institusi tahfiz Zon Sabah pada 30 Ogos 2022 bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu.

Taklimat ini mensasarkan pengurus dan mudir tahfiz swasta bagi tujuan memperkenalkan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. Objektif taklimat ini berjaya dicapai setelah para peserta dapat memahami kaedah dan peluang yang disediakan oleh pihak Kerajaan kepada pelajar-pelajar tahfiz dan institusi tahfiz yang berhasrat mensepadukan pendidikan tahfiz dengan ilmu kemahiran.

Taklimat SPKM kali ini telah disampaikan oleh Ts. Izwan Helmizan bin Ishak, Penolong Kanan Pengarah, Bahagian Pentauliahan JPK. Taklimat siri ke-6 ini telah dirasmikan oleh Ts. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali (Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPK), turut dihadiri Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan (Timbalan Pengarah BDKI JAKIM) dan Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri (Bahagian Pendidikan JHEAINS). Encik Sudirman bin Hammade, Pengarah ILP kota Kinabalu turut mengambil peluang membawa tetamu dan para peserta taklimat melawat bengkel-bengkel program yang ditawarkan di ILP Kota Kinabalu.

Besarlah harapan semua pemegang taruh agar agenda memperkasa model Tahfiz-TVET akan mendapat kerjasama semua pihak terutamanya pihak pengurus tahfiz, ibu bapa dan pelajar. Semoga kecemerlangan pelajar tahfiz akan terus dimantapkan dengan peningkatan bilangan huffaz professional dan berkemahiran tinggi.

Memperkasa Tahfiz TVET Di Zon Sabah 1

Memperkasa Tahfiz TVET Di Zon Sabah 2

Memperkasa Tahfiz TVET Di Zon Sabah 3

Memperkasa Tahfiz TVET Di Zon Sabah 4

Memperkasa Tahfiz TVET Di Zon Sabah 5

Memperkasa Tahfiz TVET Di Zon Sabah 6

Memperkasa Tahfiz TVET Di Zon Sabah 7

Memperkasa Tahfiz TVET Di Zon Sabah 8

Memperkasa Tahfiz TVET Di Zon Sabah 9

Memperkasa Tahfiz TVET Di Zon Sabah 10