Kurator Berita : Darul Quran, Unit Komunikasi Korporat
9 September 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar AlHaj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Lawatan Kerja di Darul Quran JAKIM.

Keberangkatan tiba KDYMM SPB Tuanku berdua disambut oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan isteri, YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Apandi Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, wakil Istana Selangor serta dif-dif kehormat yang lain.

Majlis lawatan kerja ini dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan oleh saudara Aiman Ridhwan bin Mohd Ramlan, pelajar semester akhir Program Pengajian Quran & Sunnah USIM di Darul Quran serta merupakan Johan Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Majlis diteruskan dengan sembah ucapan aluan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan juga sembah taklimat berkaitan Darul Quran oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Kori Bin Jusoh, Pengarah Darul Quran.

Dalam majlis ini juga, KDYMM SPB Tuanku juga turut berkenan melancarkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu yang diterbitkan oleh JAKIM. Selain itu, KDYMM SPB Tuanku dan KDYMM SPB Tuanku Raja Permaisuri juga mengadakan lawatan ke kelas-kelas pengajian serta melihat galeri al-Quran di Darul Quran. Agenda Majlis Lawatan Kerja ini diakhiri dengan majlis santapan ringan dan pengurniaan sumbangan oleh KDYMM SPB Tuanku kepada pelajar-pelajar Darul Quran. Semoga dengan kesudian KDYMM SPB Tuanku dan KDYMM SPB Tuanku Raja Permaisuri bercemar duli berangkat ke kampus Darul Quran akan menambahkan lagi seri dan indahnya Darul Quran.

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 1

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 2

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 3

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 4

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 5

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 6

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 7

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 8

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 9

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 10

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 12

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 13

Lawatan Kerja SPB Agong ke DQ 15